Inilah Jenis Ulat yang menyerang Buah Cili pada waktu malam..menyebabkan hampir separuh buah cili rosak..walaupun sesetengah ulat ini dihapuskan pada waktu siang tetapi tetap menyerang dan merosakkan buah cili..


Beginilah kesudahan buah cili samaada buah yang sudah masak atau belum masak jatuh akibat dirosakkan oleh ulat tersebut. Keadaan buah berlubang..


Buah cili berlubang akibat ulat..


Sebahagian Lada yang dibuang akibat ulat boleh dikatakan hampir separuh buah cili rosak hanya semalaman sahaja..

Sayang seribu kali sayang..


Ulat yang sempat dimusnahkan berada dibawa bata-bata yang disusun dibawah polibag..


Sebahagian buah cili dipetik sebelum buah cili masak kerana akan diserang ulat..


Hampir 8 kilogram buah cili dipetik awal sebelum masa sepatutnya..Diharap rakan2 dapat membantu cara2 memgelakkan ulat bermaharajalela dikebun permai..

Read More
Posted by Awg Lam on Sunday, March 14, 2010
0 comments
categories: | edit post

Selepas Banjir keadaan daun kebanyakkan pokok cili kelihatan seperti serangan trip atau hamama tidak setiap minggu pokok cili disembur Racun kutu trip dan hamama iaitu dengan menggunakan Patrol CS yang dibeli dari Semananjung tetapi hasil cili amat mengalakkan.


Saya berpendapat pokok cili ini terlalu terdedah dengan matahari menyebabkan daun kelihatan terbakar disamping selepas banjir hujan tidak pernah turun..



Bunga dan buah cili dalam keadaan baik walaupun daun pucuk kerepot..

Keadaan Pokok cili kelihatan subur walaupun keadaan panas terik..


Beginilah keadaan buah cili sulung yang akan dipetik tidak lama lagi..

Read More
Posted by Awg Lam on Saturday, March 6, 2010
2 comments
categories: | edit post

Syukur alhamdulillah, keadaan Pokok cili selepas 15 hari banjir berlaku kelihatan tapak kebun kelihatan berlumpur dan sisa-sisa lumpur banjir masih kelihatan. Walaubagaimanapun Pokok-pokok cili dapat diselamatkan hasil tindakan Emak dan adik beradik menyelamatkan pokok cili tersebut ke tempat tinggi..

Kelihatan Buah sulung pokok cili walaupun hampir seminggu tidak mendapat baja secukupnya..



Hampir semua pokok mengeluarkan bunga dan buah..kelihatan pokok cili sihat dan subur..

Satu pokok kelihatan daunnya layu disebabkan tiub micro tersumbat dan cuaca juga sangat panas...

Read More
Posted by Awg Lam on
0 comments
categories: | edit post

Pada 17.1.2010 Kg. Taun Gusi II dan sekitarnya telah dilanda banjir setelah lebih seminggu hujan turun tidak berhenti-henti dan sekaligus telah tenggelamkan tapak Kebun Permai tetapi sempat dipindahkan ke tempat tinggi hasil tindakan cepat dari adik dan emak ..


Beginilah keadaan Sekitar rumah dikampung dan tapak kebun setelah banjir melanda selama seminggu..


Keadaan Banjir sekitar rumah..

Kebanyakkan Pokok cili didalam polibag mengeluarkan bunga dan berbuah


Saya bersama Anak(Danial) dan adik(Onie) menaiki perahu ke Kereta untuk balik ke Kota Kinabalu setelah habis bercuti dan melihat Kebun Permai ditengelami Banjir kebetulan isteri pada masa tersebut ada kursus di Kuala Lumpur. Walaupun tapak kebun ditengelami air banjir kami tidak akan berputus asa dan setiap harapan pasti ada kekangan. Kita tidak boleh mencipta pengalaman tetapi kita perlu menghadapinya..

Luas mata memandang..bukan setakat Kebun cili yang ditengelami air sawah padi pun turut mendapat nasib yang sama..

Read More
Posted by Awg Lam on
0 comments
categories: | edit post

Sistem Tangki Baja yang dipasang sendiri dengan bantuan rakan-rakan blog Cili fertigasi rasanya tiada masalah setelah diuji beberapa kali dan air baja disalurkan ke Kebun Cili.

Beginilah keadaan Anak Pokok 3 hari sebelu dipindahkan ke Polibag baru disemai selama 23 hari.

Anak Pokok cili akan dipindahkan setelah 25hari di dalam tray yang menempatkan 104 anak pokok cili setiap satu tray..

Beginilah keadaan Tapak ladang setelah polibag dan sistem Fertigasi dipasang pada hari pertama permindahan Anak pokok cili ke dalam polibag..


Saupi(Bapa) juga turut membantu dalam pemasangan pagar dawai untuk mengelakkan binatang ternakan seperti lembu dan kambing memusnahkan pokok cili..

Read More
Posted by Awg Lam on
1 comments
categories: | edit post

Aktiviti memasukkan sabut kelapa ke dalam polibag dilakukan pada 5.12.2009. Aktiviti ini dilakukan secara bergotong-royong bersama keluarga di kampung iaitu Kampung Taun Gusi II, Kota Belud.



Kelihatan Emak dan saya sendiri bertungkus lumus memasukkan sabut kelapa ke polibag walaupun hampir 300 polibag.


Kelihatan Emak dan saya sendiri bertungkus lumus memasukkan sabut kelapa ke polibag walaupun hampir 300 polibag.


Kelihatan Emak dan saya sendiri bertungkus lumus memasukkan sabut kelapa ke polibag walaupun hampir 300 polibag.

Read More
Posted by Awg Lam on
0 comments
categories: | edit post














Untuk Fasa 1 ini kawasan hanya seluas lebih kurang 48 x 58 Kaki persegi sahaja sesuai untuk permulaan kebun yang boleh menempatkan 300 pokok cili secara fertigasi













sewa JCB untuk meratakan kawasan. Tempahan peralatan fertigasi dari Semananjung sudahpun dihantar. Hanya menunggu peralatan tersebut. JCB ini dipunyai oleh sepupu dan upah sejam hanya Rm70 sahaja.













Silvershine sebahagiannya telah disediakan ditapak kebun permai..

Read More
Posted by Awg Lam on
0 comments
categories: | edit post