Inilah Jenis Ulat yang menyerang Buah Cili pada waktu malam..menyebabkan hampir separuh buah cili rosak..walaupun sesetengah ulat ini dihapuskan pada waktu siang tetapi tetap menyerang dan merosakkan buah cili..


Beginilah kesudahan buah cili samaada buah yang sudah masak atau belum masak jatuh akibat dirosakkan oleh ulat tersebut. Keadaan buah berlubang..


Buah cili berlubang akibat ulat..


Sebahagian Lada yang dibuang akibat ulat boleh dikatakan hampir separuh buah cili rosak hanya semalaman sahaja..

Sayang seribu kali sayang..


Ulat yang sempat dimusnahkan berada dibawa bata-bata yang disusun dibawah polibag..


Sebahagian buah cili dipetik sebelum buah cili masak kerana akan diserang ulat..


Hampir 8 kilogram buah cili dipetik awal sebelum masa sepatutnya..Diharap rakan2 dapat membantu cara2 memgelakkan ulat bermaharajalela dikebun permai..

Posted by Awg Lam on Sunday, March 14, 2010
categories: edit post

0 comments

Post a Comment