Inilah Jenis Ulat yang menyerang Buah Cili pada waktu malam..menyebabkan hampir separuh buah cili rosak..walaupun sesetengah ulat ini dihapuskan pada waktu siang tetapi tetap menyerang dan merosakkan buah cili..
Beginilah kesudahan buah cili samaada buah yang sudah masak atau belum masak jatuh akibat dirosakkan oleh ulat tersebut. Keadaan buah berlubang..
Buah cili berlubang akibat ulat..
Sebahagian Lada yang dibuang akibat ulat boleh dikatakan hampir separuh buah cili rosak hanya semalaman sahaja..Sayang seribu kali sayang..
Ulat yang sempat dimusnahkan berada dibawa bata-bata yang disusun dibawah polibag..
Sebahagian buah cili dipetik sebelum buah cili masak kerana akan diserang ulat..
Hampir 8 kilogram buah cili dipetik awal sebelum masa sepatutnya..Diharap rakan2 dapat membantu cara2 memgelakkan ulat bermaharajalela dikebun permai..








Hampir semua pokok mengeluarkan bunga dan buah..kelihatan pokok cili sihat dan subur..



Beginilah keadaan Sekitar rumah dikampung dan tapak kebun setelah banjir melanda selama seminggu..

Keadaan Banjir sekitar rumah..


Sistem Tangki Baja yang dipasang sendiri dengan bantuan rakan-rakan blog Cili fertigasi rasanya tiada masalah setelah diuji beberapa kali dan air baja disalurkan ke Kebun Cili.
Beginilah keadaan Anak Pokok 3 hari sebelu dipindahkan ke Polibag baru disemai selama 23 hari.
Anak Pokok cili akan dipindahkan setelah 25hari di dalam tray yang menempatkan 104 anak pokok cili setiap satu tray..
Beginilah keadaan Tapak ladang setelah polibag dan sistem Fertigasi dipasang pada hari pertama permindahan Anak pokok cili ke dalam polibag..
Saupi(Bapa) juga turut membantu dalam pemasangan pagar dawai untuk mengelakkan binatang ternakan seperti lembu dan kambing memusnahkan pokok cili..



Untuk Fasa 1 ini kawasan hanya seluas lebih kurang 48 x 58 Kaki persegi sahaja sesuai untuk permulaan kebun yang boleh menempatkan 300 pokok cili secara fertigasi
sewa JCB untuk meratakan kawasan. Tempahan peralatan fertigasi dari Semananjung sudahpun dihantar. Hanya menunggu peralatan tersebut. JCB ini dipunyai oleh sepupu dan upah sejam hanya Rm70 sahaja.
Silvershine sebahagiannya telah disediakan ditapak kebun permai..